Beaver Computational Thinking Competition (BCTC) Malaysia

 
 

Selamat Datang

Selamat datang ke Beaver Computational Thinking Competition (BEAVER) 2020.

Para peserta boleh mengakses ke laman web pertandingan Beaver Computational Thinking Competition (BEAVER) 2020 bermula daripada hari Rabu, 9 September 2020, 10.00 AM sehingga hari Khamis, 10 September 2020, 10.00 PM, iaitu selama tempoh 36 jam.

Tempoh masa menjawab adalah 45 minit. Anda boleh mula menjawab pada bila-bila masa dalam tempoh 36 jam tersebut. Anda akan melihat jam yang menunjukkan baki masa yang tinggal. Jika anda selesai menjawab kesemua tugasan kurang daripada tempoh 45 minit, anda boleh klik butang End, kemudian Yes. Tetapi, tiada markah tambahan diberikan jika anda selesai menjawab lebih awal. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mula menjawab kurang daripada 45 minit sebelum tempoh pertandingan tamat, pertandingan ini akan tetap berakhir pada pukul 10.00 PM, dan anda mempunyai kurang daripada 45 minit untuk menjawab soalan. Anda hanya boleh menjawab sekali sahaja.

Terdapat 15 soalan kesemuanya untuk setiap kategori. Soalan-soalan dibahagikan kepada tiga tahap kesukaran, iaitu: A (Mudah), B (Sederhana) dan C (Sukar). Anda boleh mengetahui tahap kesukaran sebelum anda menjawab mana-mana soalan. Tahap kesukaran akan menentukan markah yang akan diperolehi. Sistem pemarkahan adalah seperti berikut:

Tahap Betul Salah Tidak Dijawab
A +6 mata -2 mata 0 mata
B +9 mata -3 mata 0 mata
C +12 mata -4 mata 0 mata


Kebanyakan soalan mempunyai 4 pilihan jawapan. Klik pada jawapan yang betul. Klik Save jika diminta. Satu tanda akan terpapar sebelah nama soalan (ruangan sebelah kiri) apabila anda pergi ke soalan seterusnya. Klik Next untuk menjawab soalan seterusnya. Sesetengah soalan memerlukan anda untuk klik pada pilihan jawapan atau membuat tugasan tertentu. Anda juga boleh menggunakan kalkulator, pen atau kertas sekiranya diperlukan.

Terdapat dua versi bahasa untuk setiap kategori:

Versi Bahasa
1 English
2 Bahasa Melayu

 

Pastikan anda memilih versi bahasa yang betul. Anda hanya boleh menjawab sekali, dan sekiranya anda tersilap memilih versi bahasa, anda tidak dibenarkan untuk menukar kepada versi yang lain.

Anda boleh menjawab mana-mana soalan tanpa mengikut turutan. Anda boleh kembali semula pada soalan yang telah dijawab untuk menukar jawapan. Jika anda tidak mahu menjawab mana-mana soalan, anda boleh teruskan menjawab soalan berikutnya. Anda boleh klik butang Erase untuk memadam jawapan.

Sedia untuk mula menjawab? Klik Log Masuk, masukkan nama pengguna dan kata laluan anda, kemudian klik Pertandingan di bahagian atas menu, dan pilih kategori dan bahasa. Selamat menjawab! Selamat berjaya!