Beaver Computational Thinking Competition (BCTC) Malaysia

 
 

Selamat Datang

Selamat datang ke Beaver Computational Thinking Competition (BCTC) 2016.

Terdapat 15 soalan semuanya. Soalan-soalan dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu: A (Mudah), B (Sederhana) dan C (Susah). Anda boleh mengetahui tahap kesukaran sebelum anda menjawab mana-mana soalan. Tahap kesukaran akan menentukan markah yang akan diperolehi. Pemarkahan adalah seperti berikut:

 

TahapBetulSalahTidak Dijawab
A +6 mata -2 mata 0 mata
B +9 mata -3 mata 0 mata
C +12 mata -4 mata 0 mata


Kebanyakan soalan mempunyai 4 pilihan jawapan. Klik pada jawapan yang betul. Klik Save jika diminta. Satu tanda akan terpapar sebelah nama soalan (ruangan sebelah kiri) apabila anda pergi ke soalan seterusnya. Klik Next untuk menjawab soalan seterusnya. Sesetengah soalan memerlukan anda untuk klik pada pilihan jawapan atau membuat tugasan tertentu. Anda juga boleh menggunakan kalkulator, pen atau kertas sekiranya diperlukan.

Anda boleh menjawab mana-mana soalan tanpa mengikut turutan. Anda boleh kembali semula pada soalan yang telah dijawab untuk menukar jawapan. Jika anda tidak mahu menjawab mana-mana soalan, anda boleh teruskan menjawab soalan berikutnya. Anda boleh klik Erase untuk memadam jawapan.

Masa menjawab bagi kesemua peserta adalah 45 minit. Anda akan melihat jam yang menunjukkan baki masa yang tinggal. Jika anda selesai menjawab kesemua tugasan kurang daripada tempoh 45 minit, anda boleh klik End, kemudian Yes. Tetapi tiada markah tambahan diberikan jika anda selesai awal.

Sedia untuk memulakan tugasan? Klik Log Masuk, masukkan nama pengguna dan kata laluan anda, kemudian klik Pertandingan di bahagian atas menu, pilih kategori dan... selamat menjawab!